16 Mei 2018 - Program anjuran Pusat Islam Politeknik Kuching ini telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Kamaludin Daud pada sebentar tadi. Turut sama adalah Timbalan Pengarah (Akademik) Mohd Shah Yunus, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Khirudin Amdan, Pengerusi Pusat Islam PKS, Ustaz Shahidan Shafie serta ahli-ahli jawatankuasa Pusat Islam, PKS bersempena menjelangnya bulan Ramadan Karim pada esok, hari Khamis, 17 Mei 2018.

 

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.

Pada 27 April 2018, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Tuan Haji M Amin Hamattelah merasmikan galeri tersebut. Galeri yang berada di lokasi Jabatan Kejuruteraan Petrokimia PKS (JKPK) yang menawarkan Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) ini telah menerima watikah pengisytiharan sebagai Centre of Technology (COT) Politeknik Fasa 5 dalam bidang tujahan Kejuruteraan Proses pada tahun 2016 dalam dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Politeknik pada tahun tersebut.

Turut hadir adalah En. Mohamad Isa Azhari, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, Puan Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Dr. Zainal Azhar bin Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Instruksional & Pembelajran Digital dan Kamaludin Daud, Pengarah PKS.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.

15 MEI 2018 - Pihak Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada hari ini telah menerima kunjungan dari pihak pengurusan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching, Sarawak yang diketuai oleh Pengarahnya, Mhd. Yatim bin Hassan bagi bersama-sama membincangkan peluang kolaboratif antara IKM dan PKS dalam pelbagai bidang pengurusan, akademik dan TVET.

Pengarah PKS, Kamaludin Daud telah menyambut mesra dan perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat PKS yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PKS serta barisan Jawatankuasa Pengurusan PKS.

Dalam perbincangan tersebut turut dibincang dan dibentangkan tentang peluang melanjutkan pengajian lulusan Sijil IKM memohon masuk ke Diploma Politeknik melalui pemetaan yang telah dibuat oleh pihak Politeknik Malaysia dan boleh dirujuk melalui :

http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp…

 

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.

30 April 2018 - Seramai 20 orang Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah melakukan lawatan tersebut bagi meningkatkan kualiti bakat di kalangan PPPT terutama dalam aspek pengurusan terbaik dalam pelnagai bidang akademik, pengajaran dan pembelajaran, fasiliti, penyelidikan dan lain-lain.

Program anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), PKS yang diketuai oleh Pn. Adlin Yusnita Ilyas telah disambut baik oleh CEO & Deputy Vice Chancellor, Swinburne University, Prof. John Wilson.

 

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.