SANTUBONG, 17 Mei 2017 - Majlis Penyerahan Anak Angkat yang terdiri daripada pelajar politeknik yang menyertai YES! Sukarelawan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah diadakan di Dewan Kg. Santubong yang melibatkan 10 buah keluarga angkat bersempena Kejohanan Petanque Peringkat Kebangsaan. Antara keluarga angkat yang terlibat adalah keluarga Pn Hajah Jamilah bt Ibrahim, Pn Mordiah bt Ibrahim, Pn Jelia bt Haji Sajit, Pn Mariah bt Alim, Pn Fatimah bt Johari, Pn Roslin bt Hasbi, Pn Saemah bt Tuah, Pn Fatimah bt Tuah, En Taib Fauzan dan keluarga Pn Suriani bt Wahab.

Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS iaitu En. Jemein bin Hj.Ental bersama-sama Puan Hjh. Golnar binti Hj. Daud yang merupakan Setiausaha JKKK Kampung Santubong, En. Mohd. Shofian b. Jamain selaku Setiausaha Persatuan Kita Anak Santubong (KAS) dan turut hadir ialah Ketua Jabatan Pengajian Am, PKS iaitu En Sofian bin Mohd.

Sesudah majlis penyerahan anak angkat, program khidmat masyarakat di kawasan dewan dan pra-sekolah dijalankan yang telah bermula sejak kelmarin lagi. Pensyarah yang terlibat adalah En. Meor Shaiful Azuan, Cik Erna Ruhaily binti Rusli, Cik Nur Athirah binti Azni, Cik Nur Farah Syazwani binti Ab. Kadir, Cik Amirul Balkis binti Abu Bakar, En. Fhakurulzee dan dibantu oleh sukarelawan YES PKS. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengecat bahagian dinding pentas Dewan Kg. Santubong dan membuang pokok-pokok yang melingkar di pagar dewan tersebut. Manakala aktiviti yang dijalankan di pra-sekolah adalah mengemas dan membaik pulih perkakas serta melukis mural. Mereka juga telah mengutip sampah dan membersihkan kawasan di sekitar pantai.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.