6 Julai 2017 / 12 Syawal 1438H - Unit Asrama/Kolej Kediaman Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat kakitangan di Bilik Mesyuarat Warden Kolej Kediaman Desa Serapi.
Pengarah PKS, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud telah hadir menerima jemputan dan memberi ucapan Selamat Hari Raya dan mengucapkan tahniah kepada Unit Asrama atas inisiatif tersebut bagi mengeratkan silaturahim antara sesama kakitangan yang dijemput antaranya para warden, JK Pengurusan dan ramai lagi. Terima kasih kepada pihak yang menjayakan majlis berkenaan.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.