9 Julai 2017 / 15 Syawal 1438H - Pada pagi ini berlangsung Majlis Penutupan Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM Laut) Peringkat Kebangsaan Negeri Sarawak dan Fitness Orientation Management Develop Exercise (FOMDEX) Pasukan Latihan Askar Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PLAS TLDM) Tahun 2017 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak


Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.4 Pantai Damai merangkap Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, YB Dr. Haji Abdul Rahman Bin Junaidi dan Laksamana Pertama Zualkafli Haji Ahmad, Ketua Staf Markas Pemerintah Pendidikan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Turut bersama-sama adalah En. Abdul Samat Rosli, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Lt. KDR Aminudin Bin Bonimin TLDM.
Program perkhemahan anjuran TLDM ini telah berlangsung dari 7-9 Julai 2017 di Kampus PKS. Seramai 47 anggota PLAS TLDM Politeknik Kuching Sarawak turut menyertai program daripada bilangan penyertaan keseluruhan seramai 176 anggota termasuk PKBM (L) dari SMK Pending, SMK Seri Setia Kuching dan Kolej Vokasional Matang, Kuching Sarawak.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.