16 Julai 2017 / 22 Syawal 1438H - CIMB Foundation telah memilih Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bagi melaksanakan satu program Be $MART : Celik Kewangan selama 2 hari bermula 15 Julai 2017 dan tamat petang tadi melibatkan 60 orang pelajar PKS pelbagai latar belakang program pengajian diploma bertempat di Bilik Seminar UIDM, Politeknik Kuching Sarawak.


Program yang diselaraskan di peringkat Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik (BPPel) bersama-sama pihak CIMB Foundation dan diurusetiakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) ini telah memberi pengetahuan dan pengalaman bermanfaat kepada para pelajar terutama berkaitan kewangan.
Branch Manager CIMB Bank, En. Ling Ee Kuong telah bersama-sama para peserta dan PKS mengucapkan terima kasih kepada pihak CIMB atas perkongsian ilmu dan memilih PKS sebagai salah satu lokasi Program Be $MART ini. Terima kasih kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin) Cik Jenniecia Irdrinnie Anak Allay dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak sebagai urusetia peringkat PKS.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.