KHAMIS, 3 Ogos 2017 - Pada hari ini, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menerima kunjungan hormat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Malaysia, Urus Setia Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian,

Puan Intanur Suria Binti Wahabi bersama-sama 5 pegawai yang lain bagi menjalankan program jerayawara dan naziran perkhidmatan selaras dengan peranan dan fungsi SPP. Pengarah PKS, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud dan Jawatankuasa Pengurusan PKS telah menerima mesra kunjungan tersebut dengan mengalu-alukan kehadiran rombongan SPP di Bilik Mesyuarat PKS.
Kunjungan bertujuan untuk memaklumkan peranan SPP dalam urusan pengambilan dan perkhidmatan bagi skim PPPT dan sebagai platform pemudah cara urusan perkhidmatan dengan memberi taklimat Pelaksanaan Sistem ePROPER SPP yang menetapkan perakuan bagi urusan Pengesahan Perlantikan Tetap (PPT), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dilakdanakan secara dalam talian.
Selepas itu, mereka telah melaksanakan naziran terhadap Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) di Bahagian Khidmat Pengurusan, PKS sebelum berlangsungnya 'Exit Conference' dan perkongsian dapatan naziran kepada semua JK Pengurusan, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir yang turut hadir.
Terima Kasih SPP Urus Setia Cawangan Sarawak.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.