SIBU, 6 Ogos 2017 - Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) Semester 1, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Putri Reena Syazwiena Binti Mohamad Sabri meraih pingat EMAS dalam kategori Kreatif Remaja, Kejohanan Silat Juara-Juara Rumpun Silat Sarawak (RSS) Tertutup Sarawak 2017 yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu pada 4-6 Ogos 2017.


Beliau yang mewakili RSS Zon Selatan dari Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa dan aktif sejak berada di bangku sekolah (SMK Batu Kawa) lagi merupakan antara penyumbang emas Sarawak dalam temasya SUKMA 2016.
Tahniah dan Syabas diucapkan.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.