RABU, 9 Ogos 2017 – Majlis Konvokesyen PKS Kali-25 bagi Sidang Kedua (petang) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

Sidang sesi petang ini telah menyaksikan seramai 348 orang graduan PKS yang telah tamat pengajian pada Sesi Disember 2015 menerima diploma masing-masing yang terdiri daripada Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) seramai 67 orang, Diploma Akauntansi 97 orang, Diploma Pengajian Perniagaan 51 orang, dan Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) seramai 133 orang. Bilangan Keseluruhan graduan bagi keempat-empat sidang yang berlangsung dari 9 – 10 Ogos 2017 adalah seramai 1419 orang graduan. Turut bersama-sama dalam majlis ialah YBhg. Dr. Mohd Rashahidi Bin Mohamood, Pengarah Bahagian Dasar, Jabatan Pendidikan Politeknik, YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud, Pengarah PKS, Penolong Pesuruhjaya RELA (Bersekutu) Mohd Shah Yunus, Timbalan Pengarah Akademik, PKS dan Mejar Bersekutu (PA) Jemain Bin Hj. Entol, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PKS serta Ketua-Ketua Jabatan Akademik dan Sokongan Akademik, PKS.
Syabas dan Tahniah diucapkan.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.