RABU, 9 Ogos 2017 – Majlis Konvokesyen PKS Kali-25 bagi Sidang Pertama (pagi) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan, Menteri Kedua Pembangunan Bandar & Sumber Asli Sarawak.

Sidang pagi ini telah menyaksikan seramai 435 orang graduan PKS yang telah tamat pengajian pada Sesi Disember 2015 menerima diploma masing-masing yang terdiri dari Jabtan Kejuruteraan Awam (152), Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (116) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (167). Bilangan Keseluruhan graduan bagi keempat-empat sidang yang berlangsung dari 9 – 10 Ogos 2017 adalah seramai 1419 orang graduan. Turut bersama-sama dalam majlis ialah YBhg. Dr. Mohd Rashahidi Bin Mohamood, Pengarah Bahagian Dasar, Jabatan Pendidikan Politeknik, YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud, Pengarah PKS, Penolong Pesuruhjaya RELA (Bersekutu) @Mohd. Mohd Shah Yunus Bin Yunus, Timbalan Pengarah Akademik, PKS dan Mejar Bersekutu (PA) Jemain Bin Hj. Entol, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PKS serta Ketua-Ketua Jabatan Akademik dan Sokongan Akademik, PKS.
Syabas dan Tahniah.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.