Lokasi Ke-3 EPPB Zon 1 :

Samarahan, Sarawak.

PROGRAM OUTREACH : EKSPLORASI PENDIDIKAN PAN-BORNEO (EPPB) 2017 SARAWAK
POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI SARAWAK

| 7 September 2017 | Dewan SMK Sadong Hilir (Semera)
Disempurnakan oleh YBrs. Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Kamaludin Daud selaku Ketua Penyelaras EPPB Zon Sarawak. Turut hadir adalah Pengetua SMK Sadong Hilir, En. Sapiee@Sapawi bin Mahdi, Pengarah Kolej Komuniti Kuching, En. Shudermawan bin Jaruman, Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading, Pn. Dalila binti Abd. Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Santubong, En. Baki Nyogen, Pengetua SMK Hajah Laila Taib, Pn. Judah binti Ahmad, dan wakil-wakil Pengetua SMK Asajaya, SMK Sadong Jaya.


Seramai 465 pelajar calon SPM telah mengikuti taklimat program pengajian yang berlangsung jam 2:00 petang termasuk slot motivasi bertajuk "Aku dan Masa Depan" oleh Cikgu Abdul Rahim Abol (Pak Ngah) dan lebih 200 pelajar telah mengunjungi pameran program dan interaktif yang dimulakan sejak jam 10:30 pagi. Turut serta adalah pameran dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan UNIMAS.


Urusetia Samarahan : Politeknik Kuching Sarawak bersama-sama Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej Komuniti Santubong.
|Serian, 5 September | Lundu, 6 September | Samarahan, 7 September |

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.