JUMAAT, 8 September 2017 - Tuan Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud telah menghadiri Majlis Perhimpunan Pelajar JMSK Sesi Jun 2017 yang diadakan pada jam 10:00 pagi di Dewan Kuliah 1, PKS.

Program ini dianjurkan oleh Kelab Jabatan Matematik Sains & Komputer yang terdiri daripada 57 orang pelajar pra-diploma Sains, JMSK, PKS. Objektif utama majlis diadakan bagi mendekatkan lagi hubungan di antara pelajar pra-diploma dengan pensyarah JMSK dan pihak pengurusan tertinggi PKS. Selain itu, untuk melatih pelajar mengendalikan sesuatu program dengan mewujudkan semangat kerja berkumpulan.

Program ini diterajui oleh Saudara Amir Zakkiman bin Abdul Malek selaku pengarah program dengan dibantu 24 orang ahli jawantankuasa program dari kalangan pelajar pra-diploma Sains. Antara tentatif majlis adalah ucapan dari wakil Ketua Jabatan JMSK, Puan Hajah Rohaida bt. Abu Bakar, ucapan wakil pelajar pra-diploma, amanat dari Tuan Pengarah, sesi soal jawab pelajar dan penyampaian sijil serta cenderahati kepada 2 orang pelajar cemerlang sesi Disember 2016 iaitu Abang Mohd Fikri b. Abang Asnan dan Mohamad Azri b. Mohd Ali.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.