SELASA, 5 September 2017- Jilbab Day yang menampilkan para pelajar politeknik semester 2, Diploma Akauntansi yang mengambil kursus Pengajian Umum DUA 2012 - Pengurusan Dalam Islam di bawah Jabatan Pengajian Am - Politeknik Kuching Sarawak (PKS) mengurus dan menganjurkan aktiviti ilmiah bagi tujuan penilaian kursus dengan mengaitkan topik-topik kandungan kursus.

Selain merancang, mengurus dan melaksanakan sendiri acara, mereka telah berjaya menarik perhatian ramai pelajar lain pelbagai bidang dan semester menyertai program tersebut tanpa mengira agama dan bangsa untuk mengambil bahagian memperagakan busana jilbab atau pakaian yang memenuhi keperluan menutup aurat wanita yang sesuai untuk alam pekerjaan dan kegunaan harian. Berikut adalah pemenang
Pertandingan Jilbab :

Tempat Pertama :
Fauziana Shahsha bt Kawi ( JTMK )

Tempat Kedua
Shetie Rahmas binti Hamzah ( JP )

Tempat Ketiga
Nur Zamima Binti Wiazmi ( JTMK )

Berita & Gambar :
Ustazah Sharifah Khuzaimah Wan Yusup
Penyelia dan Pensyarah Kursus
Unit Pendidikan Islam & Pengajian Umum
Jabatan Pengajian Am

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.