KUCHING, 2-3 September 2017 - Pertandingan Sofbol Mohawk Fastpitch 2017 telah dianjurkan untuk kali pertama di Kuching telah disertai 6 pasukan. Antara nama pasukan yang bertanding ialah Mohawk, Gypsies, Blasters, Spartan Poliku, Yotoku, dan Badgers. Pasukan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dengan jolokan 'Spartan Poliku' telah diundi masuk ke kumpulan B bersama dengan pasukan Yotoku dan Badgers.

Pertandingan yang berlangsung di SMK St. Thomas, Kuching selama dua hari ini telah diakhiri dengan kejayaan tuan rumah Mohawk, dinobat sebagai Juara dan Blasters sebagai Naib Juara, Spartan Poliku di tempat ketiga, Yotoku ditempat keempat, Gypsies di tempat kelima, dan diakhiri oleh pasukan Badgers ditempat keenam.

Disediakan oleh :
DANIEL ANAK ANDRIA BANGIT
Ketua Pasukan Sofbol
Politeknik Kuching Sarawak

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.