13 SEPTEMBER 2017 - Politeknik Kuching Sarawak (PKS) unggul dengan menjuarai keempat-empat kategori peta kreatif yang dipertandingkan bertemakan Sarawak Tourism iaitu Kuching Tourisme Map, Sibu Tourisme Map, Miri Tourisme Map dan Bintulu Tourisme Map dalam Kenyalang Creative Map Competition 2017 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak. Penganjuran pertandingan pada tahun ini yang bermula sejak tahun 2013 lagi, melibatkan PKS dengan kerjasama daripada Sarawak Tourism Board (STB), Land Surveyors Board Sarawak (LSBS), HERE Malaysia, The Association of Consulting Licensed Land Surveyors Sarawak (ACLS) dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM).

Pertandingan yang merupakan satu platform untuk memperkenalkan bidang kepakaran Geomatik dalam penghasilan peta kreatif ini telah mendapat penyertaan daripada pelajar-pelajar Diploma Geomatik, Diploma Sistem Maklumat Geografi dan Diploma Pengurusan Pelancongan dari pelbagai institusi seperti Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Ungku Omar, Perak, Politeknik Merlimau, Melaka, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Politeknik METrO Betong Sarawak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur dan Geomatica University College. KCMC 2017 telah merekodkan 73 penyertaan.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah PKS, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud. Bersama-sama adalah Timbalan-Timbalan Pengarah PKS dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS, Encik Mohd. Agus Adib Eskandar. Terima kasih kepada Ketua Panel Penilai Sr. Ramzi bin Abdullah dari Land Surveyors Board Sarawak (LSBS) dan panel-panel lain dari pihak yang bekerjasama.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.