KUCHING, 7 November 2017 - Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan satu lawatan dan perbincangan kolaboratif dengan CMS Cement Industries Sdn. Bhd. Rombongan PKS yang diketuai oleh Pengarah PKS sendiri, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud turut mengadakan perbincangan dan tinjauan peluang kolaboratif yang boleh diwujudkan antara agensi dalam skop peningkatan kemahiran teknikal dan latihan kepada para pelajar PKS dan latihan sangkutan para pensyarah PKS.

Turut bersama-sama Pengarah PKS ialah Ketua Unit Corporat, Industrial Services Employability Centre (CISEC) En. Samsudin bin Mohd Saleh, Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK), PKS, En. Yap Tek Chuan, Penyelaras Kolaborasi Unit CISEC, Sr. Tiong Hua Sang, dan En. Azmi bin Ahmad, Pensyarah di JKPK, PKS.

Ini merupakan salah satu usaha berterusan PKS ke arah merealisasikan visi untuk menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri menjelang tahun 2020.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.