KUCHING, 29 November 2017 - Seramai 15 pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menyertai program lawatan ke tapak pembinaan kejuruteraan awam Javel Engineering Sdn. Bhd di Lot 2622, Blok 18, Lorong 4, Jalan Semariang, Salak Land District, Kuching, Sarawak bagi projek Proposed Housing Development. Ini adalah antara program kolaborasi aktif antara JKA, PKS bersama pihak industri pembinaan.

Sebelum lawatan tapak, pihak Javel yg diketuai oleh Project Manager iaitu En. Sani Zamshuri bin Bujang telah memberikan taklimat ringkas mengenai projek yang akan dilawati.

Objektif program ini tercapai dengan adanya perbincangan dua hala antara pensyarah JKA PKS dan pihak industri dalam amalan teknologi dan pengurusan pembinaan kejuruteraan awam pada masa kini selaras dengan visi PKS untuk menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri menjelang tahun 2020.



* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.