KUCHING, 1 Disember 2017 - Seramai 40 pelajar dan 6 pegawai Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pelbagai bidang pengajian telah menyertai majlis tersebut serta pertandingan sepanduk yang berlangsung pagi tadi di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di sini bersama-sama 130 kontinjen lain.

Majlis yang bertemakan "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara" dihadiri oleh Pemangku Yang di-Pertua Negeri Tan Sri Datuk Amar Bujang Nor dan isteri Puan Sri Dato Sri Dayang Lela Abang Zawawi serta YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk (Dr) Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri Datin Patinggi Dato Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang.



* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.