7 Januari 2018 - Seramai 36 pelajar dan Sukarelawan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) diikuti para penyelia dan sukarelawan pensyarah dan kakitangan PKS bertolak ke Daerah Lundu dalam Parlimen P192, Mas Gading bagi pelaksanaan Program Touch Point Cabinet Away Day 2017 Fasa II, TVET Students To Do Community Works bermula dari 7 hingga 13 Januari 2018. Kepercayaan dan tanggungjawab ini diberikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Jabatan Pendidikan Politeknik atas kejayaan PKS menyelesaikan program TPCAD 2017 Fasa I di Parlimen Saratok pada 23 - 26 November 2017 yang lalu dengan kerja-kerja membaik pulih pendawaian elektrik oleh para pelajar dan sukarelawan politeknik.

Bagi Fasa ke-2 bermula hari ini melibatkan sukarelawan Politeknik Kuching Sarawak di kalangan pelajar TVET Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam dengan seliaan para pensyarah melaksanakan khidmat sosial secara bergotong-royong dengan komuniti di Parlimen Mas Gading, kawasan Lundu serta Persatuan Alumni Politeknik Kuching sebagai peneraju projek untuk kerja-kerja membaik pulih Pendawaian Elektrik dan Pembaikan Kecil Awam di 22 buah rumah di Kampung Biawak dan Kampung Sebiris di daerah Lundu.

Gambar : Perjalanan dari PKS ke lokasi melalui Feri Rambungan lebih kurang 2 jam, menginap di Homestay Pa'ek di Kampung Pasir Ulu dan kerja-kerja memunggah dan menurunkan barangan yang berkaitan.



* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.