KUCHING, 10 Februari 2018 - Program Diversity Voyage bersama pelajar Jepun yang berlangsung pada 9 - 14 Februari 2018 di sekitar bandar raya Kuching dan Bau. Pada hari ini, peserta program terdiri daripada 14 pelajar dari Universiti Toyo, Jepun dan 10 pelajar pelbagai bidang pengajian Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bersama dengan keluarga angkat sekitar Kuching yang terdiri daripada keluarga Melayu, Cina dan Bidayuh. Sepanjang program tersebut, para peserta dimaklumkan mengenai kebudayaan berbilang kaum di Sarawak seperti makanan, tempat tinggal, agama, alat muzik tradisional dan lain-lain lagi. Selepas itu, mereka juga telah melawat Tebingan Sungai Kuching (waterfront) melihat sebdiri mercu tanda baharu Sarawak iaitu jambatan Darul Hana dan Bangunan ADUN.

Program ini merupakan aktiviti berterusan tahunan hasil kolaboratif aktif antara PKS dengan Midin Events Company bagi menyediakan graduan politeknik seimbang, holistik dan berkualiti. Sepanjang program ini, kumpulan ini diselia oleh GiFT Diversity Fasilitator, Daisuke Kimura, GiFT Coordinator, Fumi Kuribayashi, Kuching Program Coordinator, Chew Kim Soon (Midin Events Company) dan Lim Che Chien (Politeknik Kuching Sarawak).

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.