11 Februari 2018 - Seramai 49 orang pelatih Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 1/2018 bermula 09 -11 Februari 2018 di Kampus PKS. Kursus ini melibatkan kerjasama daripada 13 jurulatih dan anggota APM Daerah Kuching dan juga Pegawai Sukarela Gred 13 yang juga merupakan pelajar PKS.

Timbalan Pengarah (TPA) PKS, Encik Mohd Shah Yunus dan PPAD Kuching, Kapt. (PA) Mohd Johari bin Mohd Taufik telah bersama-sama hadir dalam Majlis Penangguhan Kursus yang diadakan pada petang tadi. Antara yang menarik pada kali ini adalah modul dan model Simulasi Pengurusan Bencana melibatjan latihan Pusat Pemindahan Sementara yang didedahkan kepada para peserta dan Pelatih Apm Politeknik Kuching.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.