KUCHING, Ahad, 15 April 2018 - Ullia Ulanda Anak Lumpang yang merupakan atlet dan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang mewakili Majlis Sukan Politeknik Malaysia telah berjaya menghadiahkan EMAS pertama untuk Politeknik Malaysia melalui acara 400m Lari Berpagar Wanita dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Sarawak ke-65 yang diadakan di Stadium Sarawak anjuran MSN negeri Sarawak.

Kelmarin, Ullia telah berjaya meraih pingat PERAK dalam acara 400m wanita dalam kejohanan yang sama dan turut bertanding dalan acara 4x100m.

Seramai 7 atlet olahraga dari Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan 4 orang dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mewakili Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini hingga dari 15 April 2018.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.