15 APRIL 2018 - Erlysiana Jhanty Anak Buma berjaya menambah pingat untuk Politeknik Malaysia apabila pelajar Diploma Kejuruteraan Elekrik & Elektronik (DEE), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ini memenangi pingat PERAK dalam acara Lompat Tinggi Wanita dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Sarawak ke-65 yang diadakan di Stadium Sarawak anjuran MSN negeri Sarawak.

Ini merupakan pingat ke-2 Erlysiana Jhanty selepas mengutip GANGSA dalam acara Lompat Kijang Wanita dalam kejohanan yang sama, pagi tadi.

Seramai 7 atlet olahraga dari Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan 4 orang dari Politeknik Premier Ibrahim Sultan Johor Bahru (PIS) mewakili Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) yang berlangsung selama 2 hari bermula 14 hingga 15 April 2018.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.