ISNIN, 16 April 2018 - Seramai 61 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring SMK Tebakang, Serian telah mengadakan lawatan ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bagi mendedahkan para pelajar kepada pengajian TVET, IT dan perdagangan di PKS serta melihat sendiri situasi dan suasana pembelajaran di Politeknik agar dapat merangsang semangat belajar serta meningkatkan motivasi diri untuk berusaha ke arah kecemerlangan diri dan SPM.

Rombongan telah disambut oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS, Mejar Bersekutu (PA) Mohamad Khirudin Amdan.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.