SABTU, 28 APRIL 2018 - Tahun 2018 merupakan tahun giliran Politeknik Kuching Sarawak (PKS) untuk menghadapi penilaian bagi mencapai sasaran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sebagai institusi ke-10 memperoleh pensijilan dan akreditasi antarabangsa melalui Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) sebagaimana pencapaian emas oleh 9 politeknik terdahulu sejak tahun 2014.

Hasrat tersebut diucapkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) JPPKK, Tuan Haji M Amin Hamat semasa menyempurnakan majlis penutupan bengkel "In Country Programme (ICP) on Quality Assurance in Technical and Vocational Education and Training (TVET) Through Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC)" di Dewan Jubli Perak, PKS.

Ujar beliau, Politeknik Malaysia merupakan institusi TVET pertama di rantau asia yang telah mencatat sejarah apabila 9 buah politeknik telah mendapat pengikhtirafan antarabangsa pada tahap emas melalui akreditasi APACC ini iaitu PUO, PSA, PIS (Fasa 1 : 2014), POLISAS, PSAS, PSP, PKB (Fasa 2 : 2015), PPD (Fasa 3 : 2016) dan POLIMAS (Fasa 4 : 2017) dan fasa 5 akan dihadapi oleh PKS pada tahun ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pegawai dari Colombo Plan Staff College (CPSC) yang berpangkalan di Filipina iaitu Ms. Therese Tan Lee yang telah mengetuai sebagai penceramah dan pemudahcara bagi bengkel ICP ini. Turut hadir, En. Mohamad Isa Azhari, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, Puan Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Dr. Zainal Azhar bin Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Instruksional & Pembelajran Digital dan Kamaludin Daud, Pengarah PKS.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.