15 MEI 2018 - Pihak Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada hari ini telah menerima kunjungan dari pihak pengurusan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching, Sarawak yang diketuai oleh Pengarahnya, Mhd. Yatim bin Hassan bagi bersama-sama membincangkan peluang kolaboratif antara IKM dan PKS dalam pelbagai bidang pengurusan, akademik dan TVET.

Pengarah PKS, Kamaludin Daud telah menyambut mesra dan perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat PKS yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PKS serta barisan Jawatankuasa Pengurusan PKS.

Dalam perbincangan tersebut turut dibincang dan dibentangkan tentang peluang melanjutkan pengajian lulusan Sijil IKM memohon masuk ke Diploma Politeknik melalui pemetaan yang telah dibuat oleh pihak Politeknik Malaysia dan boleh dirujuk melalui :

http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp…

 

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.