2 JUN 2018 - Merupakan kesinambungam Program Jom Kongsi Rezeki anjuran PUSPANITA & HELWA Pusat Islam, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sempena Semarak Ramadan 1439H, PKS sejak 25 Mei 2018 yang lalu.

Sumbangan disalurkan kepada 4 buah keluarga di Kg. Sungai Batu, Santubong dengan kerjasama JKKK Sungai Batu dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuching dengan diwakili oleh ahli PUSPANITA dan HELWA iaitu Kapt. Bersekutu (PA) Amirul Balkis binti Abu Bakar yang merupakan pensyarah Kejuruteraan Awam PKS, dan Cik Zur Ain binti Mohd Nawawi, pensyarah kejuruteraan Proses (Petrokimia), PKS. Sebelum ini sumbangan telah diagihkan kepada penerima di Kampung Jaya Bakti, Kuching dan juga penerima di kalangan kskitangan dan pekerja kontrak kebersihan di PKS yang layak.

PKS turut mengucapkan terima kasih kepada Beras Corporation Sdn Bhd / Bernas Sarawak atas sumbangan beras bagi pelaksanaan program ini.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.