Pada 5 Jun 2018, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Leftanan Komander (K) Kamaludin Daud PSSTLDM telah melakukan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato' Haji Mansor Bin Man di pejabat beliau di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Kunjungan hormat tersebut merupakan perjumpaan pertama Pengarah PKS dengan Setiausaha Persekutuan Sarawak .

Dalam perjumpaan tersebut Pengarah PKS dan Setiausaha Persekutuan Sarawak mengambil kesempatan bertukar-tukar pandangan berkaitan pelbagai isu pendidikan dan pengurusan institusi. Turut sama hadir adalah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKS, Mejar Bersekutu (PA) Khirudin Amdan.

Pengarah PKS turut menyampaikan jemputan sebagai Tetamu Kehormat pada Sidang Pertama Majlis Konvokesyen Ke-26 PKS pada 8 Ogos 2018 nanti kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak.

 

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.