8 JUN 2018 - Pada hari ini, merupakan hari terakhir buat seorang Pembantu Awam yang telah berkhidmat kira-kira 26 tahun sejak tahun 1992 di Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

Pengarah PKS, Lt. Kdr (K) Kamaludin Daud PSSTLDM telah memberi penghormatan atas jasa dan kemahiran En. Saini bin Paiee terutama dalam bidang ketukangan dan penyelenggaraan yang akan bersara wajib mulai 11Jun 2018 dengan mengiringi Pak Saini atau dikenali Usu Saini ke lokasi Thumb Print di Pejabat Pentadbiran bersama-sama dengan staf yang lain.

Jasamu dikenang dan didoakan panjang umur, sihat walafiat, murah rezeki dan berbahagia bersama ahli keluarga.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.