Pada 3 hingga 5 Julai 2018, telah berlangsung Mock Audit Self-Study Report (SSR) APACC oleh Team Auditor dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah sempena persediaan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menghadapi akreditasi antarabangsa Asia Pasific Accreditation And Certification Commission (APACC) pada tahun ini. Penghargaan dan terima kasih kepada En. Jem Cheong Tak, Pn. Hjh. Zaiton binti Arifin, Pn. Normah binti Cheman, Dr. Nui a/p Din Keraf dan En. Zainuddin bin Jaafar, Auditor POLIMAS.

POLIMAS merupakan politeknik ke-9 dan yang terbaharu telah mendapat pengikhtirafan antarabangsa pada tahap tertinggi EMAS melalui akreditasi APACC ini pada tahun 2017. Politeknik Malaysia merupakan institusi TVET pertama di rantau asia yang telah mencatat sejarah apabila 9 buah politeknik telah mendapat pengikhtirafan antarabangsa pada tahap emas melalui akreditasi APACC ini iaitu PUO, PSA, PIS (Fasa 1 : 2014), POLISAS, PSAS, PSP, PKB (Fasa 2 : 2015), PPD (Fasa 3 : 2016) dan POLIMAS (Fasa 4 : 2017) dan fasa 5 akan dihadapi oleh PKS pada tahun ini dan dijangka audit sebenar oleh pihak Colombo Plan Staff College (CPSG) yang berpangkalan di Filipina adalah pada september tahun ini.

APACC merupakan satu lonjakan bagi memastikan graduan politeknik berkualiti serta mendapatkan pengiktirafan global sebagai institusi pemberi latihan TVET yang berkualiti dan memenuhi keperluan standard antarabangsa yang akan memberi impak kepada memudahkan mobiliti graduan politeknik, meningkatkan kebolehpasaran graduan, kemampuan bersaing di peringkat global dan penandaarasan kepada pencapaian berprestasi tinggi.

Pada akhir sesi auditan, satu pekongsian ilmu tentang APACC dan pengalaman POLIMAS telah disampaikan dalam satu Majlis Perhimpunan Staf serta rumusan dan dapatan auditan telah dibacakan dalam majlis tersebut.

Jutaan terima kasih dan segunung penghargaan kepada pasukan audit POLIMAS atau khidmat, sumbangan, ilmu dan perkongsian tersebut.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.