sexualfire insexmovies pornovidio Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak - PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT IPTA BANK ISLAM KEPADA POLITEKNIK KUCHING & SEMINAR ISLAMIC BANKING OPERATION
 
 
 

3 Ogos 2018 - Bank Islam Malaysia Berhad telah menyerahkan sumbangan Zakat berjumlah RM 5,000.00 kepada Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada petang tadi. Sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Kameri Edi bersama-sama para pegawai Bank Islam yang lain dan diterima oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Lt. Kdr (K) Kamaludin Daud.

Sebelum itu, pihak Bank Islam telah mengadakan Program Seminar Ilmu Knowledge Series ”Islamic Banking Operation : Issues and Challenges” yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Syariah, Ustaz Mohd Zikri Mohd Shairy. Turut hadir, Tuan Amri Ahmad, En. Mohd Amirul Abdullah dan Encik Ahmad Herni Benjamin, Pengurus Bank Cawangan Kuching, Timbalan Pengarah Akademik PKS, En. Chow Tio Kiong, Ketua-Ketua Jabatan PKS, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Pengerusi Pusat Islam Politeknik Kuching, YDP dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching SarawakJawatankuasa Pelajar Pusat Islam PKS, dan wakil pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak serta wakil-wakil pelajar pelbagai latar belakang program pengajian.

Pengarah PKS mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Bank Islam Malaysia Berhad atas sumbangan bukan hanya pada hari ini, bahkan Bank Islam banyak membantu dan menjadi rakan kolaborasi strategik politeknik terutamanya membantu dalam urusan bayaran yuran, perkhidmatan mesin ATM, program pensyarah industri (PPI) dan banyak lagi sumbangan lain dan diharapkan dapat berterusan dalam program sedia ada serta sumbangan-sumbangan baharu yang lain pada masa akan datang.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.