sexualfire insexmovies pornovidio Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak - SIDANG 1 : MAJLIS KONVOKESYEN KE-26, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
 
 
 

8 OGOS 2018 – Sidang Pertama melibatkan seramai 394 orang graduan daripada 1487 orang keseluruhan lulusan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2016 dan Sesi Jun 2017. Lulusan bagi sidang ini adalah daripada Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan), Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Akauntansi dan Diploma Pengajian Perniagaan sesi Disember 2016.

YBhg. Dato’ Haji Mansor Bin Man, Setiausaha Persekutuan Sarawak menyempurnakan Sidang 1, Majlis Konvokesyen PKS Kali ke-26 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak.

Turut hadir Y.Bhg. Ts. Tn. Haji Mohamad Amin Bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Pengarah PKS, Lt. Kdr (K) Kamaludin Daud PSSTLDM, Timbalan Pengarah Akademik, En. Chow Tio Kiong, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Mejar Bersekutu (PA) Mohamad Khirudin Amdan.

Syabas dan Tahniah.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.