sexualfire insexmovies pornovidio Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak - THE MANGROVE PROGRAM 2018 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK BERTERUSAN SEMAI & TANAM SEMULA POKOK BAKAU
 
 
 

8 September 2018 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) secara berterusan sejak tahun 2014 mengekalkan program penanaman semula dan semaian pokok bakau sebagai aktiviti tanggungjawab sosial melestarikan alam sekitar secara bersama-sama antara pelajar dan kakitangan politeknik dengan kerjasama Jabatan Hutan Negeri Sarawak. Seramai 60 pelajar dan 20 orang yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan PKS telah menyertai program tersebut pada hari ini termasuk Timbalan Pengarah (Akademik) En. Chow Tio Kiong dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohamad Khirudin Amdan di tapak Ramsar, Kuching Wetlands National Park.

Pada 2 Mac 2018 yang lepas, Politeknik Kuching Sarawak telah dianugerahkan sijil penghargaan dari Jabatan Hutan Negeri Sarawak atas sumbangan penglibatan, menyertai dan memberi khidmat sosial dalam Program 100,000 Mangrove Trees Journey-The Kuching Wetland’S Mangrove” di tapak Ramsar Kuching Wetlands National Park sempena 1st Sarawak Ramsar Seminar 2018.

En. Chow Tio Kiong dalam mengulas berhubung program menyatakan kegembiraan beliau kerana dapat menyertai aktiviti ini bersama-sama pelajar dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kelab Kokurikulum Mesra Alam, DRK3132 seramai 40 orang pelajar dan penasihat, Pn. Chai Changyeah mempelopori, mengurus dan mengekalkan program ini secara berterusan sehingga hari ini. Antara pelajar dan pensyarah lain yang terlibat adalah daripada kursus dan Kelab kokurikulum Pengguna, DRK3152 (10), Commerce Club, Community Caring Club (10) bersama-sama kumpulan pensyarah dan staf Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) seramai 17 orang.

Kerjasama PKS dengan pihak Jabatan Hutan Sarawak telah terjalin sejak September 2014 dan seterusnya Mac 2016, Mac 2017 dan September 2017. Program kerjasama ini akan terus dikekalkan dalam takwim kelab dan PKS kerana amat bermanfaat dan berimpak tinggi bagi memastikan pelajar politeknik seimbang dan holistik mendepani masyarakat dan alam serta masa hadapan sebagai graduan TVET berkualiti. Program ini juga telah dikenal pasti berjaya menerapkan kemahiran insaniah di kalangan pelajar seperti kemahiran sosial dan tanggungjawab, kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan lain-lain lagi yang sesuai dengan domain-domain pembelajaran ini.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.