sexualfire insexmovies pornovidio Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak - 5 PROGRAM DIPLOMA PKS AKAN LALUI PROSES AKREDITASI DARI ENGINEERING TECHNOLOGY ACCREDITATION COUNCIL (ETAC) 4 - 5 OKTOBER 2018
 
 
 

7 September 2018 - Politeknik Kuching Sarawak (PKS) komited untuk menghadapi proses penilaian dan mendapatkan akreditasi penuh bagi 5 program diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)-DEP, Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB) dan Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) yang dijadualkan pada 4 - 5 Oktober ini oleh Engineering Technologi Accreditation Council (ETAC).

Demikian, disampaikan oleh Puan Zainab binti Ahmad, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) semasa lawatan dan perjumpaan beliau dengan Pengurusan PKS pagi tadi di Bilik Mesyuarat, PKS. Tambahnya, semua program pengajian di PKS sebelum ini telah memperoleh akreditasi penuh dari pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Turut hadir dan menyampaikan taklimat berkaitan ETAC adalah Puan Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK. Turut bersama adalah En. Kamaludin Daud, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Puan Yahurin Yassin, Pengarah Unit Komunikasi & Hubungan Korporat (JPPKK), En. Chow Tio Kiong, Timbalan Pengarah (Akademik), PKS serta Ketua-Ketua Jabatan Akademik dan Ketua-Ketua Program, PKS.

Lawatan Pn. Zainab ke PKS adalah bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Borneo English Language Festival (BELFest 2018) pada petang ini yang disertai oleh para pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di Sarawak dan Sabah serta jemputan dari zon-zon di Semenanjung Malaysia bermula 5 - 8 Ogos 2018 di Kuching dan kampus PKS.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.