sexualfire insexmovies pornovidio Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak - PIDATO : FRANKIE LAU LIH SING KE-3 TERBAIK FESTIVAL DEBAT & PIDATO POLITEKNIK MALAYSIA 6.0 PIALA KETUA PENGARAH 2018
 
 
 

DUNGUN, 7 Oktober 2018 - Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Frankie Lau Lih Sing memenangi tempat ketiga terbaik acara Pidato dalam Festival Debat dan Pidato Politeknik Malaysia 6.0 Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) yang berlangsung di Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu dari 4 - 7 Oktober 2018.

Beliau yang berbangsa Cina mewakili PKS dan merupakan peserta bukan Melayu yang menyertai pertandingan ini yang disertai oleh 18 pemidato dari Politeknik Malaysia telah melepasi peringkat saringan dan berjaya menempatkan antara 10 pemidato terbaik yang berentap di pentas akhir sebelum diumum sebagai pemenang tempat ketiga.

Johan diungguli oleh pemidato dan pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak dan Naib Johan disandang oleh pelajar dan pemidato dari Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam (PSA) dan ke-3, PKS.

Bagi pertandingan debat pula, pasukan Debat PKS yang diwakili oleh Muhammad Syawal bin Hanifah Dharmalingan (Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) dan Sofie George (Diploma Kejuruteraan Awam) telah berjaya memenangi tempat ke-4 dan membawa pulang hadiah kemenangan RM800, piala dan sijil.

Tahniah dan penghargaan turut dirakamkan kepada pensyarah dan jurulatih iaitu En. Khalid Husseine Bin Tuah Klid Saini dan Pn. Bibie Neo Miz Bie

Tahniah dan syabas diucapkan.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.