sexualfire insexmovies pornovidio Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak - DEBAT A PKS SOFIE & SYAWAL RAIH TEMPAT KE-4 DEBAT PIALA KETUA PENGARAH JPPKK 2018 FESTIVAL DEBAT & PIDATO POLITEKNIK MALAYSIA 6.0 PIALA KETUA PENGARAH 2018
 
 
 

DUNGUN, 7 Oktober 2018 - Pasukan Debat A, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) berjaya memenangi tempat keempat daripada 40 pasukan debat Politeknik Malaysia dalam Festival Debat dan Pidato Politeknik Malaysia 6.0 Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) yang berlangsung di Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu dari 4 - 7 Oktober 2018. Mereka ialah :

1. Muhammad Syawal bin Hanifah Dharmalingan
(Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)

2. Sofie George
(Diploma Kejuruteraan Awam)

Dengan kemenangan tersebut, mereka berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM800, piala dan sijil selepas berentap di pentas akhir pagi tadi yang menyaksikan 4 pasukan berdebat antara satu sama lain.

Pasukan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah menjuarai pertandingan edisi ke-6 ini, Naib Johan pasukan Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor dan pasukan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Sabah, tempat ke-3.

Politeknik Kuching Sarawak turut diwakili oleh satu lagi pasukan Debat B DEBAT yang diwakili oleh Gloria Easter Farina Anak Hadeepa (Diploma Kejuruteraan Awam) dan Nurin Nasuha binti Mohd Faizal (Diploma Geomatik) dan berjaya berada dalam senarai 18 terbaik daripada 40 pasukan.

Dalam perkembangan lain, Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Frankie Lau Lih Sing memenangi tempat ketiga terbaik acara Pidato yang dipertandingkan.

Tahniah dan penghargaan turut dirakamkan kepada pensyarah dan jurulatih iaitu En. Khalid Husseine Bin Tuah Klid Saini dan Pn. Bibie Neo Miz Bie

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.