sexualfire insexmovies pornovidio Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak - FESTIVAL PAMERAN PROJEK & INOVASI SESI JUN 2018
 
 
 

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) 10 Oktober 2018

Disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PKS Encik Khirudin Amdan bersama-sama Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia Cawangan Sarawak, En. Vincent Lejau.

Sebanyak 251 penyertaan berjaya dihimpunkan bagi festival kali ini yang terdiri daripada 237 buah bagi pertandingan pameran projek pelajar senester lima dan 14 buah bagi pertandingan inovasi terbuka melibatkan bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan proses (petrokimia), teknologi maklumat dan lain-lain (bukan teknikal).

Dengan penilaian oleh panel luar dari industri, universiti, MyIPO dan panel dalaman, festival ini merupakan platform terbaik mempromosikan pelajar politeknik kepada pihak industri selain bertujuan memilih hasil projek dan inovasi untuk dipatern, dikomersial serta mengenalpasti produk berpotensi yang dapat dibawa ke pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa nanti.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.