sexualfire insexmovies pornovidio Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak - PASUKAN STEM POLITEKNIK KUCHING PUPUK MINAT PELAJAR DALAM SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, MATEMATIK & PROMOSI POLITEKNIK DALAM KARNIVAL STEM DATO’ SERI MICHEAL MANYIN DI SMK TEBEDU
 
 
 

SERIAN, pada 31 Oktober 2018 dan 1 November 2018, Pasukan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menyertai Program Karnival STEM Dato' Seri Micheal Manyin Peringkat Bahagian Serian 2018 yang berlangsung di SMK Tebedu, Serian, Sarawak anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Serian , SMK Tebedu dan Sekolah-Sekolah Zon Tebedu.

Program yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Micheal Manyin Anak Jawong, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak ini mempunyai beberapa objektif antaranya adalah untuk memperkasakan pengetahuan , kemahiran, dan kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran subjek STEM.

Pasukan STEM PKS disertai oleh 12 orang pensyarah pelbagaI bidang kejuruteraan dan pendidikan telah menyediakan 5 aktiviti daripada produk inovasi berkonsepkan integrasi disiplin dan elemen STEM dan gunaan iaitu Robot Tracer, 3D Printing, Harvesting Solar Energy, Pulley System dan ESTKi. Para pengunjung booth Politeknik diuji dengan kemahiran psikomotor yang melibatan pemasangan komponen elektronik, penggunaan perisian, pengaturcaraan, eksperimen konsep takal serta aktiviti yang menguji IQ yang perlu diselesaikan secara berkumpulan. Terima kasih dan tahniah kepada para pensyarah Puan Shaifatulna'im Binti Shamsuddin, Dr. Nor Aiman Sukndar, Cik Sujanuriah Binti Sahidi, En. Blangkat Bin Ahmad Basimin, En. Zaini Bin Sulaiman, En. Mohd Farid Bin Mohamad, Pn. Nuur Maisya Binti Mazni, Pn. Halimah Binti Robert, Pn. Norita Binti Abd Aziz, En. Mohd Azahar Binti Jantan, En. Mohd Asyraf Md Junos dan Pn. Norsahizalina Binti Sa'at.

Semoga menerusi perkongsian ilmu melalui aktiviti STEM ini, para pelajar peringkat sekolah dan pengunjung akan berminat dan memilih laluan aliran sains sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dan menjadikan Politeknik sebagai institusi pendidikan dan latihan vokasional dan teknikal (TVET) pilihan selepas SPM kerana menawarkan lebih 72 program diploma di seluruh 36 buah politeknik termasuk PKS yang menawarkan 10 program kejuruteraan, 2 program bidang perdagangan dan 1 program diploma teknologi maklumat. Diharapkan aktiviti ini mengeratkan hubungan dan jaringan kolaborasi antara politeknik, pejabat pendidikan daerah, sekolah sekali gus memberi manfaat khusus kepada para pendidik dan pelajar.

Pihak politeknik juga turut menyediakan perkhidmatan latihan dan perundingan yang direkabentuk mengikut keperluan dan permintaan institusi atau organisasi yang dikenali sebagai Kursus jangka pendek Terlanggan sebagai memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan kepakaran politeknik di bawah program Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH).

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.