03 DISEMBER 2018 - Pendaftaran pengajian dan semakan dokumen Pelajar Baharu berlangsung pada pagi ini. Para pelajar baharu turut melalui Program Minggu Suai Kenal (MSK) yang diadakan bermula malam ini hingga 06 Disember 2018 bertujuan memberi panduan secara khusus berhubung sistem pengajian dan panduan-panduan yang berkuatkuasa.

Terima kasih kepada urusetia pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak serta para pensyarah dan pegawai yang melancarkan proses pendaftaran ini.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.