2 DISEMBER 2018 - Pendaftaran Pelajar Baharu (Kolej Kediaman) dan Sesi Bersama Ibu Bapa telah berlangsung pada pagi tadi. Pengarah PKS, En. Kamaludin Daud dan Jawatankuasa Pengurusan PKS telah hadir bagi mengucapkan selamat datang, tahniah dan terima kasih kerana memilih Politeknik sebagai destinasi pengajian selepas sekolah serta memperkenalkan barisan Jawatankuasa Pengurusan dan latar belakang PKS, Politeknik Malaysia dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Akasemik, En. Chow Tio Kiong, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohamad Khirudin Amdanserta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Muhammad Amirnurdin.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Mahathir bin Mohamad Kamin seterusnya telah menyampaikan taklimat kepada ibu bapa berhubung maklumat am pengajian, laluan kerjaya, peraturan dan disiplin, serta kebajikan pelajar.

Para pelajar baharu akan melalui Program Minggu Suai Kenal (MSK) yang diadakan bermula malam ini hingga 06 Disember 2018 bertujuan memberi panduan secara khusus berhubung sistem pengajian dan panduan-panduan yang berkuatkuasa.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.