05 DISEMBER 2018 - Sekitar Program Minggu Suai Kenal (MSK) yang diadakan bermula 02 hingga 06 Disember 2018 bertujuan memberi pengetahuan dan kefahaman panduan secara khusus berhubung sistem pengajian, panduan-panduan yang berkuatkuasa, kehidupan kampus, keselamatan, kesihatan, komunikasi, keakraban, kerjasama dan menerap tagline "PoliKu Sayang Tanggungjawabku" kepada pelajar baharu.

Terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak , jawatankuasa dan urusetia pelajar serta para pensyarah dan pegawai yang melancarkan proses MSK.

MSK akan ditutup secara rasminya pada khamis (6 Dis 2018) sebelum para pelajar diserahhkan kepada Jabatan akademik bagi tujuan pendaftaran kursus dan sesi taklimat bersama jabatan dan program pengajian masing-masing.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.