6 FEBRUARI 2019 - Kira-kira seramai 90 orang pelajar termasuk yang berbangsa cina yang tidak pulang ke kampung sempena cuti pertengahan semester (4-10 Feb 2019) dan cuti perayaan Tahun Baharu Cina dirai dalam satu majlis sambutan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak @mpp_pks dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman @jpkk_poliku (JPKK) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), PKS.

Inisiatif ini antara yang dirancang dalam takwin MPP PKS di bawah kepentingan kebajikan pelajar dan sebagai usaha mengukuhkan integrasi Nasional selain mengeratkan silaturahim antara pelajar dan kepimpinan pelajar serta pengurusan politeknik.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PKS Mahathir bin Mohamad Kamin dengan ucapan tahun baharu serta penyampaian sumbangan Angpau kepada para pelajar dan jamuan makan. Turut sama adalah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin), PKS, Cik Jenniecia Irdrinnie Anak Allay, YDP MPP Mohd Shafiq Mohd Shafie, Ketua Exco JPKK Brenden Jenning Anggan dan wakil Ketua dan Pengurusan Kolej Kediaman.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.