JUMAAT, 1 Februari 2019 - Tahniah kepada dua Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) iaitu Pn. Siti Zaleha binti Idris (Pensyarah Jabatan Perdagangan) dan Pn. Bibie Anak Neo (Pensyarah Jabatan Pengajian Am) telah menerima sijil Anugerah Pekerja Contoh bagi kategori Staf Akademik. Manakala, Pn. Josephine Enid Anak Tedy Robin, Penolong Pegawai Tadbir N29 dari Unit Perolehan PKS, telah menerima bagi kategori Staf Sokongan.

Encik Chow Tio Kiong, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang juga merupakan pegawai yang menjalankan tugas Pengarah PKS telah menyempurnakan majlis tersebut bersama-sama Encik Mohamad Khirudin Amdan, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta Pn. Sharifah Mahani Syid Assimie, Ketua Program Pengajian Perniagaan mewakili Ketua Jabatan Perdagangan sebagai urus setia majlis perhimpunan kali ini.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.