2 MAC 2019 - Empat (4) Pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang mewakili Politeknik Sarawak berjaya menyumbang 3 pingat untuk acara petanque masing-masing 2 emas dan 1 gangsa dalam kejohanan yang bermula 28 Februari hingga 2 Mac 2019 dalam satu kejohanan Bowl melibatkan sukan Ten Pin Bowling yang berlangsung di Riverside Bowling Centre, Kuching Sarawak dan sukan Petanque di Gelanggang Petanque Santubong, Sarawak.

Single Lelaki : Emas
1. Muhammad Saifullah bin Bustaman
Diploma Akauntansi

Double Wanita : Emas
1. Siti Nur Soleha binti Osman
Diploma Akauntansi

2. Nur Durratul Hikmah binti Yazit
Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Single Wanita : Perak
1. Nur Razila binti Abdullah
Diploma Kejuruteraan Awam

Kejohanan ini merupakan anjuran Majlis Sukan Politeknik (MSP) Malaysia dengan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sebagai tuan rumah melibatkan atlet-atlet Politeknik Malaysia yang mewakili zon negeri masing-masing.

Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.

Berita : En. Muhammad Firdaus Aminuddin

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.