Pada 2-3 Mac 2019, pasukan pelajar Handball Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menyertai Unimas Open Handball Championship 2019, Universiti Malaysia Sarawak.

Pasukan Wanita PKS (PoliKu) telah merangkul Naib Johan selepas bersaing dalam pusingan penentuan tempat pertama dan ke-2 (Poliku 5 vs FAM Union 7).

Sementara itu, pasukan Lelaki PoliKu berpuas hati dikedudukan ketiga selepas bersaing dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4 (Poliku 10 vs Unimas 6).

Menurut pengurus, jurulatih dan pensyarah pengiring, En. Mawardi Rustam (Pensyarah Kejuruteraan Proses, Petrokimia), pertandingan ini merupakan persediaan menghadapi Pertandingan Bola Baling Terbuka Sarawak 2019 yang dijadualkan pada 25-28 Mac 2019 ini.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling pelajar PoliKu dan selamat maju jaya.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.