Pada 17 Februari hingga 2 Mac 2019, seramai 25 pelajar Diploma Geomatik, semester 5, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah dengan jayanya menghadiri kursus wajib DCG6231- Khemah Ukur di Kampung Rambungan dalam daerah Lundu, Sarawak. Mereka telah diringi oleh 11 orang pensyarah geomatik selama dua minggu perkhemahan tersebut yang merupakan satu program wajib dalam silibus diploma geomatik untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan lapangan sebenar dan menjana kemahiran dalam bidang ukur tanah dan hidrografi terutama kepada pengukuran dan teknik penentududukan, pemprosesan data dan penghasilan persembahan dalam bentuk pelan. Kursus ini memberi penekanan kepada ukur kadaster, ukur kejuruteraan, ukur GPS dan ukur hidrografi. Ia juga mendedahkan kepada pelajar dengan kerja berpasukan dalam menyelesaikan tugas yang diberikan sepanjang perkhemahan ini.

Pada masa yang sama, kerja-kerja verifikasi sempadan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Rambungan sebagai salah satu tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility) PKS yang merupakan salah satu domain pembelajaran pelajar politeknik dan sebagai sukarelawan dengan membantu pihak sekolah mengenal pasti sempadan sekolah bagi tujuan naik taraf pada masa akan datang.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.