Pada 28 Februari 2019, seramai 6 pegawai dan 2 pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berlepas ke Pontianak, Indonesia untuk menghadiri Program Pengantarabangsaan : English Enhancement Program dan majlis menandatangani Minit Persetujuan Kolaborasi antara Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan Politeknik Tonggak Equator (POLTEQ). En. Sofian bin Mohd. telah menandatangani minit persetujuan kolaborasi tersebut bagi pihak PKS dan Ibu Anastasia Ari, Pengarah Politeknik Tonggak Equator bagi pihak POLTEQ.

Pertandingan Business Pitching telah membuka tirai Program Pengantarabangsaan : English Enhancement Program pada 28 Februari 2019 yang disertai oleh 3 orang pelajar daripada Politeknik Kuching Sarawak dan 8 orang pelajar daripada Politeknik Tonggak Equator. Pelajar yang mewakili PKS adalah Saudari Adwa’ Mahirah Matasan (Diploma Pengajian Perniagaan), Mohamad Firdaus bin Bohari (Diploma Kejuruteraan Awam) dan Muhamad Faris Iskandar bin Mohd Isa (Diploma Kejuruteraan Mekanikal – Penyamanan Udara & Penyejukbekuan). Sementara itu, POLTEQ dimewakili oleh Meliany Anggriany, Viola Maylita, Villia Venesa Vransiska, Luvertus Ilu, Seander Alfonsus, Frederick Vergilim, Caroline, dan Bella Marta.

Pertandingan tersebut telah diadili oleh 4 orang juri masing-masing 2 daripada PKS iaitu Puan Bibie Anak Neo dan Cik Mornita Anak Deri dan 2 juri lagi daripada pihak POLTEQ iaitu Puan Fransiska Way Warti dan Encik Selamat Tumpal Manurung.
Pemenang bagi pertandingan Business Pitching menerima trofi atau plak beserta sijil dari PKS dan voucher Starbucks atau pendrive 16GB dari POLTEQ. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Frederick Vergilim, Caroline, dan Bella Marta dari POLTEQ. Tempat kedua dan ketiga turut dimenangi oleh pelajar dari POLTEQ iaitu kumpulan Villia Venesa Vransiska, Luvertus Ilu, dan Seander Alfonsus, dan pasangan Meliany Anggriany, dan Viola Maylita. Pelajar PKS pula berpuas hati menerima hadiah saguhati.

Pada 1 Mac 2019 pula, telah diadakan Pameran dan Pembentangan Produk Inovasi Makanan dan Best Teaching Practice Display. Kesemua 11 pelajar telah mempamerkan produk inovasi makanan masing-masing dengan PKS mengetengahkan 3 produk inovasi iaitu Madu Kelulut, Jem Terung Asam dan Ginger Popia. Selain itu, 5 orang pensyarah PKS telah berkongsi amalan baik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu En. Andy Anak Dan (Job Interview Simulator App), Pn. Nur Syafiqa Aqiera (P-L-A-Y® - Gamify Learning), Cr. Dr Ling Ying Leh (Bimbingan dan Penasihatan dalam pengajaran dan pembelajaran) dan Pn. Bibie Anak Neo dan Cik Mornita Anak Deri (‘What Say You’ Wheel).

Semoga jalinan kolaborasi dan silaturahim ini akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam mencapai visi dan misi antara kedua-dua buah institusi politeknik.

  

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawakuntuk maklumat lebih lanjut.