SABTU, 28 OKTOBER 2017 - Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud telah merasmikan pembukaan Kejohanan Dron Terbuka Malaysia & Jemputan Antarabangsa, Politeknik Kuching Sarawak Siri 2 2017 yang diadakan di padang Bola Sepak, Politeknik Kuching Sarawak pagi tadi.

Selain pertandingan Dron, pelbagai acara lain seperti pameran dan gerai jualan diadakan termasuk pameran kereta kebal tentera dan lain-lain lagi.

Orang ramai dijemput hadir acara yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini. Majlis Penutupan pada esok (petang Ahad) 29 Oktober 2017 akan disempurnakan oleh YB Fazzrudin Bin Haji Abdul Rahman, ADUN N6, Tupong.

Jom rasai pengalaman menyaksikan kepantasan dron secara langsung di PKS.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.

21 OKTOBER 2017 - Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud menghadiri dan turut bersama-sama dalam satu program pemimpin bersama masyarakat anjuran Kelab Rekreasi Kampung Matang Batu 10, Kuching, Sarawak yang berlangsung di Dewan Baru, Kampung Matang Batu 10, malam tadi.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.

PUTRAJAYA, 20 Oktober 2017 - Politeknik Kuching Sarawak (PKS) meraih 2 (dua) anugerah dalam satu majlis Anugerah eDOLA 2017 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya malam tadi. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching bersama-sama Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz ini menyaksikan pengikhtirafan kepada video yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar PKS yang bertajuk "Water Treatment and Demineralization" yang terdiri daripada :

Baca selanjutnya...

KUCHING, 21 Oktober 2017 - Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dinobat sebagai JOHAN di gelangang akhir Pertandingan Pantun Jabatan Kerajaan Swasta Peringkat Negeri Sarawak 2017 bertemu dengan pasukan pemantun dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang sebentar tadi yang berlangsung di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuching. Dermaga Poliku membawa pulang hadiah wang tunai RM1000, sijil penyertaan, hadiah iringan dan akan mewakili Sarawak ke Peringkat Kebangsaan pada tahun 2018. Lebih manis, Pn. Bibie Neo pemantun Politeknik diumum sebagai Pemantun Terbaik pada pesta pantun tahun ini.

Baca selanjutnya...

17 Julai 2017 / 23 Syawal 1438H - Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada hari ini mengadakan satu program bicara bersama CEO Faculty Industry bersama Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holding Berhad merangkap CEO Faculty Industry Politeknik Kuching Sarawak, YBhg. Dato' Dr. Ir. Mohd Abd Karim Abdullah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, PKS.

Baca selanjutnya...