KUCHING, 7 November 2017 - Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan satu lawatan dan perbincangan kolaboratif dengan CMS Cement Industries Sdn. Bhd. Rombongan PKS yang diketuai oleh Pengarah PKS sendiri, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud turut mengadakan perbincangan dan tinjauan peluang kolaboratif yang boleh diwujudkan antara agensi dalam skop peningkatan kemahiran teknikal dan latihan kepada para pelajar PKS dan latihan sangkutan para pensyarah PKS.

Baca selanjutnya...

KABONG, 7 November 2017- Seramai 7 orang pegawai Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan lawatan dan perbincangan rasmi bertujuan pelaksanaan aktiviti khidmat sosial di bawah Program Touch Point bagi Cabinet Away Day 2017 di kawasan Parlimen Saratok, Sarawak yang akan melibatkan pasukan YES! Sukarelawan Politeknik dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kabong yang terletak kira-kira 350km dari Bandaraya Kuching, merupakan salah sebuah daerah di Parlimen Saratok dipilih untuk lokasi pertama dan perbincangan berlangsung di hadapan dan bersama-sama En. Kamaludin bin Alkap, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kabong, Sarawak dan En.Senen bin Wang Pembantu ADUN N40 Kabong di Pejabat Daerah Kabong dan di Pusat komuniti ADUN N40, Kabong.

Baca selanjutnya...

30 OKTOBER 2017 – Seluruh warga Politeknik Kuching Sarawak (PKS) mengucapkan selamat bersara dan selamat ulang tahun kelahiran kepada En. Mad Noh bin Lajim, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak pada hari ini. Selama 37 tahun 5 bulan 29 hari dalam perkhidmatan bermula tarikh lantikan pertama beliau pada 1 Mei 1980. Berkelulusan Sijil Perguruan Asas, Maktab Perguruan Teknikal, Cheras, Kuala Lumpur, Diploma Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal), UTM dan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal serta Pendidikan, UTM memulakan khidmat di Politeknik Kuching Sarawak pada 1 Julai 2013 sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Baca selanjutnya...

SERIAN, 29 Oktober 2017 - Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah melaksanakan program promosi kemasukan tersebut untuk mengikuti program-program pengajian politeknik khusus kepada para peserta PLKN yang berlangsung di Kem PLKN Juara, Serian.

Terima kasih kepada Cik Norhaida binti Hussain, Pensyarah Jab. Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PKS disertai 2 orang ambassador pelajar PKS Saudari Faizah binti Md Fakhruddin dan Saudari Leofenny Anak Jacob, Diploma Teknologi Maklumat.



* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.

Peserta Jemputan Antarabangsa Brunei Darussalam ungguli kejohanan siri ke-2 ini.

Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan atas penyertaan. Penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama dan pemberi sumbangan dan menjayakan kejohanan kali ini, Badan Kebajikan, Sukan dan Rekreasi - Baksri Politeknik Kuching Sarawak, Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Kelab Multirotor Kuching Sarawak, PBB Cawangan N6 Tupong dan CO-OPBANK Persatuan serta semua Jawatankuasa Kerja kejohanan.

Terima kasih YB Dun Tupong

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.