PENGENALAN


Program pengajian separa masa memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung mingga serta menambah pengetahuan dan kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep "Learn as You Earn".

TEMPOH PENGAJIAN DAN WAKTU KULIAH


Program ini akan dilaksanakan selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad kecuali pada minggu cuti semester dan cuti pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.

YURAN PENGAJIAN


Yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 2,000 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

SYARAT KEMASUKAN


Syarat kemasukan terkini bolehlah merujuk kepada portal Bahagian Pengambilan Pelajar (BAP) seperti berikut: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp

 

PROGRAM-PROGRAM DIPLOMA SEPARA MASA YANG DITAWARKAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK MELALUI KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS)

 

Diploma Kejuruteraan Awam (Ditawarkan bagi sesi Jun 2018)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tidak ditawarkan)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal [Pembuatan] (Tidak ditawarkan)

Diploma Kejuruteraan Elektronik [Komunikasi] (Tidak ditawarkan)

Diploma Akauntansi (Tidak ditawarkan)

Diploma Pengajian Perniagaan (Tidak ditawarkan)

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) (Tidak ditawarkan)

 

* Bagi program-program lain yang tidak ditawarkan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) tetapi ditawarkan di Politeknik lain, bolehlah merujuk kepada portal Bahagian Pengambilan Pelajar (BAP)