Sesi pengambilan adalah dua kali setahun bagi kemasukan Sesi Jun dan Sesi Disember melalui kaedah Aplikasi Dalam Talian (ADT).

Bagi pemohon dari Lulusan SPM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) atau Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran atau setaraf Tahap 3.

Tarikh-tarikh penting dan permohonan boleh dilakukan secara atas talian di portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik, Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) pada bahagian Diploma Separa Masa (KSS):

http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=kss

Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 25 pelajar yang mendaftar bagi setiap program pengajian. Pihak Politeknik berhak membatalkan mana-mana program yang diiklankan sekiranya terdapat kekurangan calon pelajar.